Kelas Bakeri Puding Kek Marble Viral
15 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2024, NADI berkerjasama dengan KEMAS untuk menjayakan aktiviti Kelas Bakeri Puding Kek Marble Viral yang diadakan di Batas Lintang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajak komuniti menceburi bidang bakeri kepada yang berminat. Puding kek marble menjadi pilihan kerana kek tersebut menjadi viral pada masa kini dan proses pembuatan kek tersebut adalah unik mengikut susunan tertentu. Selain itu, kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar membuat kek dengan tunjuk ajar yang mudah difahami dan staff juga memastikan agar komuniti dapat menerima tunjuk ajar yang diberikan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: